Wednesday, July 27, 2011

Teringat Arwah Mak

Aku teringat kat arwah mak aku. Dia seorang yang tabah dan garang tapi sebenarnya bertimbang rasa. Mak aku pegi 3 tahun yang lepas, time tu 2 minggu lagi nak puasa..Aku pun tak sangka dalam sekelip mata mak tinggalkan kami adik beradik...mak sempat jaga Haziq cucu sulung dalam keluarga aku selama 3 tahun...

suatu ketika dulu

mak~along, kalo ko nak mengandung, mengandung la.... sementara mak ni masih sihat... dapat  sepasang pun dah ok..

aku~ (seloroh) alaaa... mak ni, nanti2 la... kalo mak nak, mak la mengandung yeak...He3.

mak~ko nih....(sambil gelak beso)

rupanya....kata-kata mak itu, petanda bahawa dia cam dah tau yang dia akan tinggalkan aku... dan sekarang mak tak sempat nak tengok cucu perempuan (sulung) sebelum dia pergi. Terkilan lah gak.

Aku ingat lagi masa aku mengandung anak sulung (Haziq) ...aku mabok teruk gak ler, muntah2 sampai tak cukup air dalam badan. Mak temankan sampai ke hospital dengan suami aku...manja nyer bila ada mak kan...? macam2 mak pesan begitu begini....He3 yelah mak...

Mak dah mula kerap sakit sejak 2007 dan selalu kuar masuk hospital...hospital tu dah macam rumah kedua tiap2 bulan mak aku mesti menjadi penghuni tetap kat hospital tu. Sebelum tu cuma sakit kencing manis jelah yang dia ada. Kejap datang kejap ilang. Kalau jaga makan oklah. Tapi orang tua, faham-faham jelah. Nak plak mak aku ni memang jenis yang degil. Susah nak terima nasihat orang. Bukan apa, kalau dah sakit, dia yang tanggung. Kesian lah plak, tak boleh nak jalan, nak sembahyang pun susah.

Mak sakit kuat apabila kesan dari penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menimbulkan komplikasi buah pinggang mak tidak berfungsi, doktor mencadangkan supaya mak menjalani pembedahan untuk persedian (mencuci buah pinggang) kali kedua mak terpaksa jalani pembedahan lagi...semasa aku melawat mak di hospital.. wajah mak berseri-seri semacam, tapi mulut aku ni terasa berat sgt nak tegur tentang perubahan tu.

Selang beberapa hari, seperti biasa mak menjalani rawatan cuci darah di sebuah pusat dialisis selama 3 kali seminggu (seumur hidup) dan suatu hari, mak minta aku temankan dia (sepanjang rawatan tersebut) sayangnya aku tak sempat nak temankan...sebagai ganti aku jemput mak pulang... (aku tersekima bile melihat raut wajah mak kelihatan sugul, tidak  seperti yg aku lihat di hospital dulu) sekali lagi, bagaikan terkunci aku tak terkata apa2!! disepanjang perjalanan pulang mak mengadu lapar..minta singgah di gerai untuk beli makanan..kami pun pusing disekitar kawasan berhampiran memenuhi permintaan mak..lebih kurang jam 6 petang, kami selamat sampai ke rumah dan menikmati makanan bersama-sama sambil borak2 kosong...

selesai semuanya, aku minta izin nak balik....aku sempat salam dan peluk cium mak dan pada saat terakhir itu, aku melihat wajah mak...dan mak sempat berbisik... "mak sayang along"

Tiba-tiba ayah aku called kata mak aku dah takde! mak meninggal sewaktu dikejarkan ke hospital, lepas bekali-kali ulang alik ke hospital. Penat gak mak makan ubat. Aku rasa aku tak puas lagi jaga dia. Dia dah pergi buat selama-lamanya........kian jauh dari mata

Buat arwah mak, Al-Fatihah saje yang dapat aku hadiahkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya, diampun kan segala dosa-dosanya, ditempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment