Thursday, July 21, 2011

Cerita Hari Ibu Yang Lalu..

Sebenarnya citer ni dah basi... :) tp aku nak share jugak dengan korang...citer kisah hari ibu, tak semesti nak tunggu setiap 8 Mei baru nak wish kan... so bagi aku hari2 adalah hari ibu.. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2, mama2, umi2, mak2 dan yang sewaktu dengannya..(untuk diri sendiri jugak..hehehe). Semoga ibu2 terus menjadi tunjang keluarga, masyarakat, agama, bangsa & negara, menjadi ibu yang sentiasa tabah, sabar & cekal mendidik anak2 serta menjadi contoh terbaik kepada anak2 tak kira dalam apa jua segi... Amiinnn

Sebagaimana tahun2 lalu, aku tak pernah menyambut hari ibu dengan sambutan yang meriah2 spt sesetengah ibu, sekadar menerima ucapan dari hubby dan anak2 (teringin jugak nak rasa satu hari nanti). Maklumlah, anak2 pun kecik2 lagi..ntah faham ntah tidak apa itu Hari Ibu. Cuma bezanya tahun ni anak aku yang sulong yang berusia 6 thn sedikit celik tentang hari ibu, mungkin sebab dah di 'brief' oleh teacher kat tadika.

Tadika Q-dees dengan kerjasama UOB (M) Berhad ade menganjurkan peraduan mewarna so keputusan pemenang diadakan kat cawangan Kota Damansara nih (nak promote la tu He3..) sebaik saje sesi taklimat pasal saving tu habis... parents dikejutkan dengan nyanyikan kanak2 sempena hari ibu time tu aku rasa cam terharu sgt tetiba aku terus teringatkan arwah mak aku..! :( Haziq terus menerpa ke arah aku sambil menghulurkan sekuntum bunga,"Happy Mother Day" aku terkedu tanpa kata...Huhu..perasaan bercampur baur..terharu, sedih & gembira. Terharu dan sedih bila mendengar luahan hati seorang anak yg bersungguh-sungguh ingin melahirkan kasih sygnya, gembira kerana inilah kali kedua aku menerima sekeping kad ucapan Selamat Hari Ibu. Bukan fizikalnya yang aku lihat, tetapi inilah kad ucapan handmade kedua daripada anak sulong aku...huwaa..So sweet!! Sebagai balasannya, sebuah ciuman aku hadiahkan di pipi tanda saya benar2 menghargai buah tangannya keduanya itu. Aku dapat lihat wajahnya yg cukup gembira dan bercahaya, mungkin dia merasa yg dirinya dihargai. Itulah tulus & murni sekeping hati seorang anak kecil. Bukan material yg diinginkan, tetapi penghargaan & perhatian dari org yg mereka sayangi.

kad ucapan handmade dari Haziq

...stadby... nak wish hepi mother day kat parents...

mami sayang haziq..

gelagat anak bujangku..

inilah keluarga kami....

anak papa..
haziq kelihatan frust sebab tak menang...takpe sayang, haziq tetap juara dihati mami..

bersama sijil penyertaan...

mami dan papa sentiasa mendoakan kejayaan haziq!


Walau apapun, pada mereka yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka. Kalau ada budget lebih, baliklah ke kampung utk menjenguk mereka dan belikanlah mereka hadiah sebaliknya kalau budget berkurangan apa salahnya bertanya khabar dan ucapkanlah Selamat Hari Ibu kepada ibu anda walaupun sekadar melalui satu panggilan telefon. Apalah sangat nilai RM yang anda peruntukan utk membuat panggilan berbanding dengan kasih & sayang serta pengorbanan mereka selama ini...Tanpa mereka siapalah kita ini

~Al-Fatihah buat Ibu ku~
Rubiah Bt Abdullah
(1959-2008)

No comments:

Post a Comment