Monday, August 13, 2012

Raya Yang Tiada Makna...

Hari ini dah masuk 24 Ramadhan. Alhamdulillah.
Entah kenapa, teringatkan arwah Mak...
Terasa seperti tak percaya arwah Mak yang tercinta telah pergi meninggalkan kami...
Bukan tak dapat menerima kenyataan, bukan tak dapat menerima takdir...
Tapi ianya sukar.
Tahun ni, masuk 4 tahun pemergian arwah Mak ....
Aku ingat lagi kalau time bulan posa...
semua adik beradik berkumpul dalam bulatan besar nk bukak posa...
Macam2 makanan lah terhidang hehee..
memang ceria lah family aku...

Tapi tu dulu....
Sekarang semuanya tinggal kenangan...
Hari raya dah tak semeriah dulu.....
Kenangkan suami dan anak-anak jer....

Raya tahun ni giliran aku beraya dengan adik-beradik....
Pagi selepas solat mesti ziarah kubor arwah Mak...
Mak pembakar semangat aku, Hingga kini.
Arwah Mak baik orangnya. Tak dinafikan....
Ya Allah, rindunya.......

Mak....semoga Rohmu tenang di sana yaa..
Doakan yang terbaik untuk Along...
Rindu gelak tawa Mak...
Rinduk nak peluk Mak..

O Allah...tempatkan lah Roh MAK dalam Jannah Mu...

AL-Fatihah
22.02.1959-16.08.2008
Dalam kenangan, dan selalu dalam ingatan...
Betul kata orang Kasih ibu membawa ke syurga...
Dan tiada galang gantinya........








Wednesday, August 08, 2012

Ramadhan dirahmati Syawal diberkati

Assalamualaikum kawan-kawan pengunjung yang dihormati..mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Sempena bulan puasa ni opis aku ada anjuran Ceramah Ramadhan
Tajuk "Ramadhan dirahmati Syawal diberkati"
tetamu jemputannya ialah Ustazah Asni Mansor

Alhamdulillah...
banyak ilmu yang aku dapat....
antaranya yang boleh kita kongsikan bersama adalah tentang tanggungjawab

tanggungjawab kepada Allah
tanggungjawab kepada Ibu Bapa
tanggungjawab suami
tanggungjawab isteri
tanggungjawab terhadap keluarga

Masa ni juga Ustazah Asni adakan kuiz sapa yang dapat jawab, akan diberi percuma sebotol air yang telah dibaca surah Al-Quran 30 juzuk oleh 10 orang guru tahfiz. Air ini juga dibaca ayat-ayat Manzil (ayat2 terpilih dalam A-Quran yang boleh menjauhkan gangguan syaitan,sihir,santau dll) Air yang dibaca doa khatam Quran dan doa Syifa'. Solat hajat berjemaah sebelum memulakan bacaan. Air ini dibaca di Tahsin Al Quran Training Centre di Kajang, Selangor.

air mineral 30 juzuk Al-Quran

lagi satu isu utama mengenai Kebesaran Al-Quran

Ustazah Asni cakap: Allah swt. sangat cintakan orang yang menyintai Al-Quran..
antaranya tengok Quran pun dapat pahala sebenarnya.! belom baca lagi. kalau rajin mengaji di bulan puasa, pahala tu darab dengan 70 ganda!!
"Dan barang siapa yang baca Al-Quran tetapi tersekat-sekat,tetapi dia bersusah-payah,pahalanya 2 kali ganda daripada orang yang pandai"
sebab tu Ustazah Asni, pesan jangan tinggalkan Quran dalam hidup
dan jangan lupa baca Quran. merangkak-rangkak pun dapat pahala tau..
Nah! senangkan nak dapat pahala...
sebaik-baiknya sorang satu ada Quran..
suami satu Quran
isteri satu Quran
kalau ada 2 orang anak
pastikan setiap anak tu ada Quran masing-masing..
kalau dah boleh membaca tu biasakan anak tersebut dengan Quran.
InsyaAllah lama-lama akan menjadi kebiasaan.

Berapa ramai ibubapa sekarang ni lebih mementingkan pelajaran akademik untuk anak anak dari pendidikan Islam. Jika anak meninggalkan solat dan tak membaca Quran tak mengapa tapi jangan sekali kali meninggalkan kelas tuisyen matematik atau bahasa Inggeris.
Andainya kita sendiri memang dibesarkan oleh ibubapa kita dengan sebegitu rupa, janganlah kita menzalimi anak anak kita pula dengan menyediakan kehidupan mereka sebegitu. Biarlah kita sahaja yang jahil namun jangan biarkan anak anak kita mewarisi kejahilan kita tu.


Sekiranya kita pernah dibesarkan dengan asas Islam oleh ibubapa kita suatu masa dahulu, jangan pula kita terlalu terikut dengan arus kemodenan dan melupakan apa yang telah dididik kepada kita. Kalau kita sendiri sudah melupakan setiap didikan yang kita terima sewaktu kecil dahulu, jangan pula kita membiarkan anak anak kita hanyut tenggelam tanpa pegangan.
Hantarlah anak-anak kita ke kelas tuisyen akademik, namun jangan sekali kali kita biarkan mereka mengabaikan tuntutan ibadah seperti solat khususnya.

Jangan berasa malu apabila suatu hari nanti anak anak kita berkata, "Ajarkan saya membaca Al Quran wahai ayah dan ibu". Bacalah, pelajarilah dan hayatilah Al Quran tu bersama sama dengan mereka, mudah mudahan kehidupan kita semua akan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya yang maha berkuasa.

Ustazah Asni juga ada mengalunkan bacaan surah Toha kepada kami
Masya Allah..terpegun. syahdu aku mendengarnya. malah secara tiba-tiba hati aku mulai sebak..tak tau kenapa?? itulah kebesaran Al-Quran yang bisa menyentuh sanubari apabila di perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.













Tuesday, July 31, 2012

..nak buat bisnes tapi tak tau nak buat bisnes apa..

macam-macam yang terlintas dalam kepala otak saya nie...fikirkan apa yang akan terjadi pada kita 5 tahun akan datang....

so bila dah mula berangan tu macam-macam lah saya fikirkan...teringin sangat nk open my own bisness....tapi saya ni bukannya otak bisnes and takde experince langsung bab-bab bisness ni...nak melangkah dunia perniagaan tapi takut-takut.....TAKUT kalau bisnes tak menjadi.....keinginan tu tetap ada....

kadang-kadang pelik camana orang yang meniaga online tu dapat stok ek?? dari mana and nak deal dengan sapa?? hmm...kena belajar dengan orang yang pakar nih.....

InsyaAllah...one fine day saya juga bakal  bergelar bussinesswomen....sapa tau kan??
mudah-mudahan.....Amiin





Thursday, July 26, 2012

Bonus Aidilfitri

Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bonus raya untuk tahun 2012 ni. Semalam 25 Julai 2012 PM telah mengumumkan Bonus Kakitangan Awam 2012, sebanyak setengah bulan gaji, minimum RM500. Selain itu bayaran khas RM500 juga turut diberikan kepada pesara kerajaan.  

jom tengok kat sini.... PM Bagi Bonus sumber dari Berita Harian



Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 untuk bonus kali ini. YES! Janji ditepati!!






Monday, July 23, 2012

Bonus Raya 2012???

Tuntutan Cuepacs : Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan

Mungkin atas pertimbangan ini jugalah, Cuepacs melancarkan satu lagi tuntutan kepada pihak kerajaan :

Tuntutan bonus raya 2012 Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan kerajaan di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada hari ini (Isnin)

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Dan hati kecil saya kuat merasakan kakitangan awam akan mendapat bonus raya 2012 kali ini. Dan samada dapat atau tidak bukan lagi menjadi menjadi persoalan utama sebenarnya kerana lebih terarah kepada persoalan, berapa jumlahnya yang bakal diagihkan oleh kerajaan bagi bonus raya 2012 kali ini?
  • Adakah bonus sebulan gaji?
  • Adakah pemberian bonus raya 2012 sebanyak RM500?
  • Ataupun mungkin lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini?
  • Atau anda ada cadangan lain yang dirasakan relevan?




Taska Oh Taska !

Assalamualaikum kawan-kawan Salam 3 Ramadhan.
Sekejap je kan dah pose yang ke 3....hari ni, hari pertama pose waktu kerja...
hope cuaca akan redup je....Amiin.

Hari ini saya nak share pasal taska.....bulan pose waktu operasi taska 7am-6 pm caj lewat RM5 sejam untuk seorang, 2 orang anak dah RM10!! adoii runsing dibuatnya..... mujurlah makde boleh tolong amek kan abang dan adik kalau tidak runsing......runsing mami dibuatnya!

Memang selalu saya balik awal... pukul 5.00 ptg jek dah tercegat kt depan mesin punch card tu, nak cepat punya pasal. Tapi semenjak pindah office kat Putrajaya ni bukan bulan pose pun sampai rumah pukul 6.30 ptg.....hari jumaat lagi laa berganda.

Btw, bukan tak bole tukar WP 1 bulan pose ni...masuk pukul 7.30 pg-4.30 ptg dah bole balik...masalahnya pukul berapa nak keluar rumah oii 6.00 pg?? aduhhaii berpinar biji mata nih....ngantokk sehhh tak pasal-pasal ke laut peginya.....selisih!

Bukan lah berkira sangat pasal duit tapi yelah, berpatut laa... kita ni dah lah office jauh...cuba la faham sikit kann.....nak pecut laju-laju pun jalan tetap jem jugak. Serius cakap memang tak boleh sampai kul 6.00 ptg tu...!






Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum kawan-kawan...saya mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Semoga mendapat keberkatan dan segala amalan di terima Allah S.W.T Amiin.

Jom tingkatkan Amalan di bulan yang mulia ini..



"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat ku lalui dengan sempurna...."
SALAM RAMADHAN 1433H





Betul ke Roh Balik Di Bulan Ramadhan..??

Pernah tak korang dengar orang cakap:


" bulan puasa ahli kubur akan terlepas dari seksa kubur. Jadi roh mereka akan pulang ke rumah untuk menjenguk ahli keluarga masing-masing."

Adakah ini benar atau sekadar kepercayaan?


Setiap kali bulan ramadhan, orang yang paling saya nantikan ialah Arwah Mak... Arwah mak meninggal waktu umurnya 49 tahun kerana menghidap penyakit kencing manis dan mengakibatkan komplikasi buah pinggang.
kalau betul lah roh balik di bulan Ramadhan mesti arwah mak balik kan..tengok anak-anak dan cucu-cucunya. (^^")
Sesiapa yang ada info atau hadis berkaitan dengan perkara ni boleh la share ya. Supaya kita semua sama-sama tahu.


Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.






Tuesday, July 17, 2012

Shopping Raya..!!

Baru-baru ni weols planned nak beli baju raya siap-siap..
lokasi untuk bershopping kali ni OU....target nak cari baju raya anak-anak. apa lagi sampai je level kanak-kanak rambang mata okeh...fuhhh, amek aje mana yang berkenan untuk anak dara dan yang sorang lagi tu. baju anak pompuan memang banyak choice & cantik-cantik pulak tu....
berpinar mata nengoknya!
makin besar makin susah nak cari size seluar jeans
untuk anak bujang saya ni...pinggang tu ramping sangat hehee....
baju raya sara saya beli size 2-3 tahun. saja beli saiz besar boleh tahan lama sikit.


dress untuk sara rasa cam tak cukup jer...heheee...
kasut raya pun tak beli lagi nih..
baju kurung moden sara dan baju melayu haziq pun dah tempah....
wahh...raya sakan lah korang tahun nie yee...
yelah, sara baru dapat kaki....
so raya tahun ni melaram la sikit. hehee
lega rasanya dah settlekan baju raya dorang nih.
bukan apa nanti takde lah kelam kabut nak membeli...dah la pose...
mana memilih lg..
so, better buat persediaan awal
pasni giliran mami & papa pulak nak bershopping....
anak-anak ku sila duduk diam-diam okeh..hehehe






Monday, July 16, 2012

Puding Roti Istimewa

Taraa....Hari ni saya nak share resepi kawan saya "Puding Roti Istimewa" namanya. Kalau berminat sila lah cuba. Senang sangat. Budak sekolah pun boleh buat tau....Hehee... yang tersenyum kat atas tu lah tuan punya resepi.....nama glamour dia "Che Carl"...Hehe..


BAHAN-BAHAN A
Roti Gardenia Butterscotch
Butter (option)
2 cawan kotak fresh milk
2 cawan whipping cream
1 cawan gula pasir
6 biji telur
Esen Vanilla
Serbuk cinnamon
Sedikit gula perang
Kismis

BAHAN-BAHAN B
1 Liter fresh milk
2 Sudu tepung jagung
1 Sudu esen vanila


Cara-cara Penyediaan Roti.

1. Sediakan loyang. Loyang tak perlu besar sangat. Agak-agak boleh muat beberapa  banyak roti
     yang korang suka.

2. kemudian, sapukan butter pada bahagian bawah dan tepi loyang.

3. Masukkan roti ke dalam loyang. Pastu ketepikan sekejap.


4. Dalam bekas lain, pukul gula bersama mentega. Agak-agak gula dah larut masukkan
    6 biji telur + fresh milk + wipping cream dan 1 susu esen vanila.

5. Tuangkan campuran tadi ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Biarkan selama 1jam
     supaya roti kembang. Taburkan kismis + serbuk cinnamon dan gula perang sebagai
     hiasan.

6. Masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 160 darjah celsius selama 10 mnt

7. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 160 darjah celcius. Jangan asyik buka tutup oven nanti
     roti tu mengecut pulak...


8.  Bila dah masak, bole la dihidangkan bersama sos tadi......bole jugak di hidangkan dengan sos
     coklat @ aiscream....pendek kata ikut suka hati uolsss la .....

Cara Penyedian Sos

1. Panaskan 1 liter fresh milk ke dalam bekas

2. kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung yang telah dicampur dengan air, gula secukup
     rasa + 1 susu esen vanila.


Selamat Mencuba...






Monday, March 26, 2012

Kawan Saya Meninggal Dunia...

........................................
........................................

AL-FATIHAH untuk Hasfa Rizal bin Tartip 35, akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah hampir 2 minggu tidak sedarkan diri (koma) akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, macam2 spekulasi yang saya dengar....tapi bagi saya tak perlu la kita nak bercerita tentang keburukan dan sebagainya terhadap si mati kerana hanya "Allah Yang Maha Mengetahui" jangan la kita membuat andaian sesuatu yang tidak pasti....




Hasfa Rizal adalah kawan lama saya, sekelas semasa ditingkatan 1 dan 2, (Sek. Men. Taman Medan 1990-1991). Arwah kawan yang sangat baik dan sangat menghormati kawannya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Ameen...

.........terasa
.........bila-bila masa sahaja ajal boleh menjemput!



Wednesday, February 22, 2012

Tujuh (7) Perkara Yang Mesti Dilaksanakan


  • Solat Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  • Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.  Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman
  • Solat Berjemaah Di Masjid. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  • Melaksanakan solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  • Bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  • Sentiasa berwudhu‘ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
  • Sentiasa istighfar. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Semoga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan Sunnah Rasulullah S.a.w tercinta.
InsyaAllah.


Appreciation/credit to : Mutiara Iman




Mungkin Kita Kata Kita Sabar dan Redha, Tetapi....



Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.

Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.

Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…

Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.

Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.


Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.

Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…

Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.

Jagalah Iman Kita Ketika diuji.



Appreciation/credit to : Mutiara Iman



 

Sunday, February 12, 2012

Perkongsian ESQ MCB di Kelana Jaya

Salam 165.

PAGI!!!...


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memberi izin dan memudahkan perjalananku menghadiri kursus lanjutan ESQ – Mission Statement & Character Building (MCB) di Kompleks Tabung Haji 9-10 Februari 2012.

PENGALAMAN???!!!... Subhanallah… tak tergambar utk diucapkan dengan lisan mahupun tulisan.. kerana kesannya dalam hati dan di jiwa.. sukar sekali dinyatakan dengan sebarang pernyataan..

Jawapan kepada pengalaman???... “PERGI SENDIRI DAN HAYATI SENDIRI”.. itu sahaja.. hihihihi.. (jangan marah... hehehhee)..

Banyak sungguh pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi meskipun hanya untuk 2 hari..

Hari pertama: MISSION STATEMENT
kesudahannya apabila merumuskan segala kenangan dan pengalaman hidup – saya memutuskan untuk BENAR-BENAR MELEPASKAN DAN MELAPANGKAN DADA... dan benar.. ISLAM ITU INDAH DAN BAHAGIA... apabila melepaskan SEGALA BEBANAN... ringan sungguh perasaan.... dan bahagia itu muncul bercahaya...

Hari kedua: CHARACTER BUILDING
apabila ditanya tentang ujian-ujian.. saya lepaskan semua bebanan perasaan..

GAMES… fuh.. seronok babe… bayangkan... dalam main game tu airmata boleh menitis.. aduhaiii....

Yang syoknya, selain lagu Demi Matahari.. ada lagi lagu gerak tari lain.. iaitu gerak tari untuk lagu Muhammad Ali dengan gerak tari utk 7 Nilai Dasar (ni lagu apa tah.. ”kapuera” ke apa ke ntah namanya... tapi syok oooo... comel jer tengok Mr. Zero menari.. kehkehkeh...)Di training itu bukan sahaja dapat ILMU, tapi juga turut dapat menambah ikatan persaudaraan baru.. perasaan tu seronok sangat...walaupun tak kenal latar belakang tapi kami tahu satu perkara yang sama... KAMI INGIN MENCARI ILMU... ingin memperbaiki diri...

Justeru itu, yang mana yang menghulurkan salam persaudaraan, terima kasih dan saya amat bersyukur... Alhamdulillah...


ILMU itu LUAS..
ILMU perlu dimantapkan supaya lebih yakin, lebih baik, lebih tawaduk – bukan lebih sombong, lebih bongkak, lebih perasan dan lebih rasa diri itu TERPILIH kerana BIJAK dalam ’satu-satu’ ilmu...
ILMU perlu dicari, diperbaiki, ditambah dan diperkasakan setiap hari...
ILMU tidak terhad kepada ILMU AGAMA, tetapi juga ILMU KEHIDUPAN.. ILMU ALAM, dan sebagainya.. (matematik, undang-undang, perubatan, fizik, geografi, sejarah, sastera, kebudayaan itu juga ILMU kan kan kan...)
ILMU tidak hanya diajarkan DI SURAU ATAU MASJID ATAU MADRASAH tetapi alam sekeliling juga tempat untuk mencari ILMU...


Training ESQ165 ini adalah PENCETUS KEINSAFAN.. untuk MENGGERAKKAN JIWA YANG LALAI, mengembalikan RASA yang hampir PUPUS atau YANG BELUM WUJUD... yakni SEDAR PADA RASA KECINTAAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN AL-QURAN..
(AGAMA ISLAM KESELURUHANNYA...) di kalangan masyarakat islam yang kian KETANDUSAN ILMU AGAMA dan yang mengejar materialistik dan mengabaikan spiritualnya.. Ringgit lebih MULIA dari agama!!... ini bahayanya!!.. dan di sini cabarannya.. untuk kembali jernihkan hati yang kotor, kembali pulihkan jiwa yang sakit, kembalikan semula manusia ke fitrahnya...

Training ESQ165 ini BUKAN ILMU BARU.. ianya adalah PEMANTAPAN kepada ilmu yang sedia ada yang di adun dan di ’dendangkan’ dengan cara dan metod yang BARU.. seimbang dengan kemajuan Sains dan Teknologi -
yang sebelum ini TIDAK PERNAH LAGI DI LIHAT ATAU IKUTI DI MANA-MANA CERAMAH AGAMA yang menggunakan pendekatan seperti ini...Jadinya... JIKA KETERLALUAN MEMUJI TRAINING ESQ165 adalah kerana saya kagum dengan pendekatan yang digunakan yang saya rasa DEKAT DI JIWA dan KENA DENGAN CARA dan SEJAJAR DENGAN ZAMAN yang serba canggih dan mencabar ini... paling penting.. IA TERKESAN DI HATI, JIWA DAN SANUBARI "DIRI" INI... untuk REDHA dan tahu apa misi dan visi hidup!!...MAKA ITU.. CARI MASA, CARI RUANG, DAN PELUANG (SERTA DUIT YURAN LER...)... PERGI LAH DAN HAYATI SENDIRI KEINDAHAN ESQ165... tidak terasa betapa pantasnya masa berlalu ketika mengikuti training ESQ ini... sedar-sedar dah waktu zohor, sedar lagi dah asar, sedar lagi.. DAH HABIS!!!... huhuhuhu....



Saturday, February 04, 2012

Vitamin untuk Kanak-Kanak

Salam..hari ni tetiba rasa nak tulis entry tentang vitamin dan makanan tambahan untuk kanak-kanak, sejak Haziq mula bersekolah ni dia selalu aje ngadu mengantok dalam kelas sampai saya pun naik risau dibuatnya... sekali dua takpe la lagi, ni asal balik dari sekolah "mami, hari ni saya tertido dalam kelas lagi" kesian Haziq, mungkin juga sebab nak menyesuaikan diri dengan jadual persekolahannya yang padat tu. Sebelum ini persediaan saya hanyalah Scott's Emulsion dan Examo untuk membantu merangsang kecerdasan otak dan minda. Sekarang ni, saya tambah dengan rangkaian produk keluaran Shaklee.. :)

(sebenarnya dah lama jadi ahli shaklee) cuma jarang beli sebab barangan dari shaklee ni boleh tahan mahal hergenya, Hehe.. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan zat yang cukup dalam diet harian mereka, untuk membantu bukan saja dari segi tumbesaran badannya malah juga untuk perkembangan minda. Minda yang cerdas bukan saja dari rangsangan sekitar anak-anak kita tapi juga dari segi nutrisi pemakanan

Bekalkan nutrient secukupnya untuk anak anda dengan program pemakanan tambahan untuk kanak-kanak dari Shaklee

Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
Rendak lemak dan rendah glisemik
Sumber protein dan kalsium
Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua.

membantu untuk improve kanak-kanak fokus dalam kelas.

Berada di nursery, selsema, batuk, demam kadang-kadang adalah perkara biasa. Maklumla, bercampur dengan ramai budak2 yang lain.. jd saya berikan Chewable Vita-C untuk imuniti.


Semuanya dengan izin Allah. Apa yang penting, konsisten dalam memberikan supplement. Ini kisah saya, bagaimana dengan yang lain?







Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Salam Maulidur Rasul buat semua rakan-rakan. Alhamdulillah, segala puji dan puja kita kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq sepanjang jalan.


Hari ini bersamaan 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1433), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.



Thursday, January 26, 2012

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012..!!


Assalamualaikum...Salam Ukhuwah Fillah, lama btul tak update blog ni...idea tu byk tapi maklum la kekangan masa melampaui segalanya, owhh ya...sedar atau tidak kalender tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya dan sudah pasti setiap dari kita cuba menilai kejayaan tahun 2011 dan perancangan tahun 2012. Sudah pasti ada yang puas hati dengan kejayaan yang diperoleh sepanjang tahun 2011 dan mungkin ada yang sebaliknya kan.... Namun, kita hanya mampu merancang segala urusan kehidupan dan penentuannya adalah kuasa Ar-Rabb...