Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan 1432H..

ramadhan

Erm.. pejam celik - pejam celik lusa dah nak menyambut Ramadhan, korang sumer dah sedia ke? He3...

Di kesempatan ini, aku ingin menyusun 10 jari kepada sumer pembaca blog aku, rakan2 serta yang mengenali aku secara langsung atau tidak..

Selamat Berpuasa ya.. :)



Wednesday, July 27, 2011

Teringat Arwah Mak

Aku teringat kat arwah mak aku. Dia seorang yang tabah dan garang tapi sebenarnya bertimbang rasa. Mak aku pegi 3 tahun yang lepas, time tu 2 minggu lagi nak puasa..Aku pun tak sangka dalam sekelip mata mak tinggalkan kami adik beradik...mak sempat jaga Haziq cucu sulung dalam keluarga aku selama 3 tahun...

suatu ketika dulu

mak~along, kalo ko nak mengandung, mengandung la.... sementara mak ni masih sihat... dapat  sepasang pun dah ok..

aku~ (seloroh) alaaa... mak ni, nanti2 la... kalo mak nak, mak la mengandung yeak...He3.

mak~ko nih....(sambil gelak beso)

rupanya....kata-kata mak itu, petanda bahawa dia cam dah tau yang dia akan tinggalkan aku... dan sekarang mak tak sempat nak tengok cucu perempuan (sulung) sebelum dia pergi. Terkilan lah gak.

Aku ingat lagi masa aku mengandung anak sulung (Haziq) ...aku mabok teruk gak ler, muntah2 sampai tak cukup air dalam badan. Mak temankan sampai ke hospital dengan suami aku...manja nyer bila ada mak kan...? macam2 mak pesan begitu begini....He3 yelah mak...

Mak dah mula kerap sakit sejak 2007 dan selalu kuar masuk hospital...hospital tu dah macam rumah kedua tiap2 bulan mak aku mesti menjadi penghuni tetap kat hospital tu. Sebelum tu cuma sakit kencing manis jelah yang dia ada. Kejap datang kejap ilang. Kalau jaga makan oklah. Tapi orang tua, faham-faham jelah. Nak plak mak aku ni memang jenis yang degil. Susah nak terima nasihat orang. Bukan apa, kalau dah sakit, dia yang tanggung. Kesian lah plak, tak boleh nak jalan, nak sembahyang pun susah.

Mak sakit kuat apabila kesan dari penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menimbulkan komplikasi buah pinggang mak tidak berfungsi, doktor mencadangkan supaya mak menjalani pembedahan untuk persedian (mencuci buah pinggang) kali kedua mak terpaksa jalani pembedahan lagi...semasa aku melawat mak di hospital.. wajah mak berseri-seri semacam, tapi mulut aku ni terasa berat sgt nak tegur tentang perubahan tu.

Selang beberapa hari, seperti biasa mak menjalani rawatan cuci darah di sebuah pusat dialisis selama 3 kali seminggu (seumur hidup) dan suatu hari, mak minta aku temankan dia (sepanjang rawatan tersebut) sayangnya aku tak sempat nak temankan...sebagai ganti aku jemput mak pulang... (aku tersekima bile melihat raut wajah mak kelihatan sugul, tidak  seperti yg aku lihat di hospital dulu) sekali lagi, bagaikan terkunci aku tak terkata apa2!! disepanjang perjalanan pulang mak mengadu lapar..minta singgah di gerai untuk beli makanan..kami pun pusing disekitar kawasan berhampiran memenuhi permintaan mak..lebih kurang jam 6 petang, kami selamat sampai ke rumah dan menikmati makanan bersama-sama sambil borak2 kosong...

selesai semuanya, aku minta izin nak balik....aku sempat salam dan peluk cium mak dan pada saat terakhir itu, aku melihat wajah mak...dan mak sempat berbisik... "mak sayang along"

Tiba-tiba ayah aku called kata mak aku dah takde! mak meninggal sewaktu dikejarkan ke hospital, lepas bekali-kali ulang alik ke hospital. Penat gak mak makan ubat. Aku rasa aku tak puas lagi jaga dia. Dia dah pergi buat selama-lamanya........kian jauh dari mata

Buat arwah mak, Al-Fatihah saje yang dapat aku hadiahkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya, diampun kan segala dosa-dosanya, ditempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Insyaallah.

Sampai Hati **** Buat Saya Begini...


Sampai hati **** buat saya begini.
Saya sedar,
saya bukanlah sesiapa dlm hidup ****..

Tapi, ketahuilah ****..
saya sentiasa menyediakan tempat yg istimewa utk **** dalam hati saya.
..
Sangat sedih ****...
..
Persengketaan bukanlah berpunca dari saya.
...
Apapun..
sejarah yang terjadi akan saya kenang sepanjang hayat..
..
Terima kasih atas hadiah paling pahit dalam hidup yg **** berikan ..
..
Ketahuilah ****..
apa yang terjadi adalah sesuatu yg sangat memilukan hati ..
..
Terima kasih ****..
..
Semoga **** berbahagia dgn kehidupan **** kini..
..
..

Tuesday, July 26, 2011

Cara Wardina Didik Anak Beliau Solat

Salam Semua....Entry kali ni aku nak share artikel yang ditulis selebriti yang dikenali ramai Wardina di Facebooknya dengan tajuk "BERBALOI PENAT LELAHKU..."

Artikel hasil tulisan Wardina sendiri & dikongsi kat Official Page of WardinaSafiyyah . Bagi aku, pendekatan yang Wardina guna ni memang sangat bagus dan sesuai untuk dijadikan panduan & dipraktikkan terutamanya bagi aku yg tengah duk pikir cara nak latih Haziq solat. Mari kita sama2 lihat apa isi kandungannya

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7  tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

                                       saje nak interframe.. :)

As at today, anak bujang aku Haziq berusia 6thn dah hafal niat solat serta surah2 yang perlu dibaca semasa solat. Cuma belum betul2 cukup solatnya.. just solat asar, Maghrib & Isyak Aku akui ini  kesilapan kami berdua.. tak  serius dalam mendidik. Harapnya aku belum terlewat untuk menjadikan Haziq sebijak & sehebat Amna. Insyaallah!! Doa-doakan la yer kawan2... 

Monday, July 25, 2011

Hilang Pertimbangan Diri..

Mood aku zero hari ini aku agak tak puas hati dengan seseorang yang amat aku hormati..
Ada ketidakadilan berlaku
Hati aku panas....mendidih!

Dari tadi fikiran aku blank
sengaja mencari hiruk pikuk bagi menghuru-harakan
diri yang sedang tenat dengan kemarahan ini.
Aku benci dengan situasi begini
Ketidakadilan, Penganiayaan yang tanpa sedar orang yang aku hormati itu lakukan.

Aku tak berhajat untuk bercerita tentang itu...
Sebab kalau aku cerita pun....masalah tak selesai
buat sakit hati aku ajer

Mungkin aku letih..
Letih dengan semua ni..
Dan aku mulai bosan dengan kegembiraan
yang akhirnya....dengan tangisan

Mungkin kerana aku sedih...
Maka aku rasa gembira itu tak ada makna langsung!
.....aku tak mampu nak fokus apa-apa

Masa terus berlalu...
Dan berlalu begitu saja
Dan aku bagaikan jiwa yang tandus
Hanya sepi aku sendiri
Itu yang terjadi..

Kenapa Aku??

YA ALLAH, TOLONGLAH AKU: Aku Sedih. Aku Bingung. Aku Kesal.

Thursday, July 21, 2011

Cerita Hari Ibu Yang Lalu..

Sebenarnya citer ni dah basi... :) tp aku nak share jugak dengan korang...citer kisah hari ibu, tak semesti nak tunggu setiap 8 Mei baru nak wish kan... so bagi aku hari2 adalah hari ibu.. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2, mama2, umi2, mak2 dan yang sewaktu dengannya..(untuk diri sendiri jugak..hehehe). Semoga ibu2 terus menjadi tunjang keluarga, masyarakat, agama, bangsa & negara, menjadi ibu yang sentiasa tabah, sabar & cekal mendidik anak2 serta menjadi contoh terbaik kepada anak2 tak kira dalam apa jua segi... Amiinnn

Sebagaimana tahun2 lalu, aku tak pernah menyambut hari ibu dengan sambutan yang meriah2 spt sesetengah ibu, sekadar menerima ucapan dari hubby dan anak2 (teringin jugak nak rasa satu hari nanti). Maklumlah, anak2 pun kecik2 lagi..ntah faham ntah tidak apa itu Hari Ibu. Cuma bezanya tahun ni anak aku yang sulong yang berusia 6 thn sedikit celik tentang hari ibu, mungkin sebab dah di 'brief' oleh teacher kat tadika.

Tadika Q-dees dengan kerjasama UOB (M) Berhad ade menganjurkan peraduan mewarna so keputusan pemenang diadakan kat cawangan Kota Damansara nih (nak promote la tu He3..) sebaik saje sesi taklimat pasal saving tu habis... parents dikejutkan dengan nyanyikan kanak2 sempena hari ibu time tu aku rasa cam terharu sgt tetiba aku terus teringatkan arwah mak aku..! :( Haziq terus menerpa ke arah aku sambil menghulurkan sekuntum bunga,"Happy Mother Day" aku terkedu tanpa kata...Huhu..perasaan bercampur baur..terharu, sedih & gembira. Terharu dan sedih bila mendengar luahan hati seorang anak yg bersungguh-sungguh ingin melahirkan kasih sygnya, gembira kerana inilah kali kedua aku menerima sekeping kad ucapan Selamat Hari Ibu. Bukan fizikalnya yang aku lihat, tetapi inilah kad ucapan handmade kedua daripada anak sulong aku...huwaa..So sweet!! Sebagai balasannya, sebuah ciuman aku hadiahkan di pipi tanda saya benar2 menghargai buah tangannya keduanya itu. Aku dapat lihat wajahnya yg cukup gembira dan bercahaya, mungkin dia merasa yg dirinya dihargai. Itulah tulus & murni sekeping hati seorang anak kecil. Bukan material yg diinginkan, tetapi penghargaan & perhatian dari org yg mereka sayangi.

kad ucapan handmade dari Haziq

...stadby... nak wish hepi mother day kat parents...

mami sayang haziq..

gelagat anak bujangku..

inilah keluarga kami....

anak papa..
haziq kelihatan frust sebab tak menang...takpe sayang, haziq tetap juara dihati mami..

bersama sijil penyertaan...

mami dan papa sentiasa mendoakan kejayaan haziq!


Walau apapun, pada mereka yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka. Kalau ada budget lebih, baliklah ke kampung utk menjenguk mereka dan belikanlah mereka hadiah sebaliknya kalau budget berkurangan apa salahnya bertanya khabar dan ucapkanlah Selamat Hari Ibu kepada ibu anda walaupun sekadar melalui satu panggilan telefon. Apalah sangat nilai RM yang anda peruntukan utk membuat panggilan berbanding dengan kasih & sayang serta pengorbanan mereka selama ini...Tanpa mereka siapalah kita ini

~Al-Fatihah buat Ibu ku~
Rubiah Bt Abdullah
(1959-2008)

Monday, July 18, 2011

Merawat Demam Panas

Salam semua...post entry hari ni aku nak citer pasal rakan opis aku ni...anak dia demam panas! alamakk aku memang cuak kalau dengar citer2 camni...apatah lagi kalau berkaitan tentang bayi..buat rakan opis aku itu, semoga anakmu lekas sembuh ya..

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius

Tip penting semasa merawat anak demam:

- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

- Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

- Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.


Petua merawat anak demam:

Air asam jawa dan kunyit hidup

CaranyaLumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa di kepala bayi dan jika selsema calitkan kunyit hidup yang telah dipotong di batang hidung bayi atau di sekitar atas hidung. InsyaAllah demam bayi akan beransur-ansur kebah.


Sumer ~ Utusan


Thursday, July 14, 2011

Konflik diri

Sejak akhir-akhir ni aku rasa tak seperti dulu.... Ya Allah aku Sedih.Aku Bosan. Aku Bingung. Tak tau kenapa aku bosan giler saat ini. Apa nak buat ni ek? layan fb sudah.layan blog pun sudah. Apa nak buat ni weiii !! nak kata aku penat sangat tak, nak kata aku tak penat pon tidak... tp aku rasa cam takde semangat ar... Heii wake up girl !! ... kembali kan semangat aku

arrghhhh tengok ape yang aku dok merepek nih?? nak citer pasal keje lagi la aku malas  xde yang menarik langsung! Hmm.. sampai sini dulu, bai.

Buku~Indahya Hidup Bersyariat


Salam semua.. post entry kali ni aku nak citer pasal buku agama tulisan Dato' Ismail Kamus, pernah tak korang rasa cam tak berapa sure pasal isu2 agama tapi rasa cam segan nak tanya.. ataupon korang tak tau nak tanya kat sapa.. haa buku ni pada aku banyak explain pasal 'menda2 segan nak tanya' Pastu pernah tak korang google something especially when it comes to isu agama, pastu dapat penjelasan, pastu korang baca punya baca, tak paham2 gak.. (aku ler tu He3..) haa buku ni siap ada gambar dengan full color lagi.. so proses pemahaman tu senang sikit aa aku rasa... anyway aku suggest korang pun patut memilikinya... :)


Mungkin




Mungkin

Dalam jauh perjalanan kita
Dalam banyak ruang yang telah kita pijak
Dalam hilai tawa yang telah kita ukirkan
Dalam banyak trofi yang telah kita julang
Rupa-rupanya tetap juga kita merasa kesepian
Akhirnya mencari-cari bahasa rindu

Kita jadi tertanya
Bagaimanakah nikmat rindu itu?
Rindu pada ibu dan ayah?
Rindu pada isteri, suami, anak-anak, insan tersayang?
Pada kampung halaman nan indah?
Atau
Kita pernah merasa rindu pada tanah?

Tapi di sebalik semua rindu itu...
Bagaimana indahnya merindui ALLAH
Di mana dan bagaimana?
Kerana barangkali rindu padaNya
Telah sekian lama terabai

"...Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu..."
(Surah Al-Fajr: 27-30)

Wednesday, July 13, 2011

Tentang Malam Nisfu Syaaban

Aku cuba mengumpul kekuatan untuk mencoretkan sedikit catatan kehilangan mak yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam nisfu syaaban...3 tahun lalu..

Kosong sekeliling

Along......"Mak dah takde......." sayu sungguh suara ayah yang menghubungi aku jam 8.20 malam, Sabtu 16 Ogos 2008. waktu itu kami sama-sama bergegas menghantar mak yang tidak sedarkan diri ke hospital selepas solat maghrib... Sepi.Pilu.Sebak.Bagaikan segala pergerakan terhenti,aku tidak mampu mententeramkan diri. lantas.....aku meraung MAKKKK............ !!! aku terpingga,aku terpaku memandang kosong di sekeliling dinding hospital itu. Terbayang wajah kudus mak,nasihat bermakna mak,gelak tawa mak, aku sepi...dan sepinya dunia yang terasa menghimpit dan menggigit aku. Wajah mak di mana-mana...pandangan aku lemparkan di kejauhan mencari makna sisa-sisa hidup disebalik wajah mak yang melintas di mana-mana..

Sambil menahan air mata, memandang sekujur tubuh..... lantas wajah syahdu mak kukucup buat kali terakhirnya...."Semoga Allah mengasihinya, sebagaimana mak mengasihiku sewaktu kecil hinggalah ke detik ini."

Al-Fatihah buat Rubiah binti Abdullah

Kelebihan Bulan Syaaban

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:
“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan”,
bermaksud : ” Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
  • Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN SYAABAN
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) :
“Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Sumber~Bahan bacaan

Tuesday, July 12, 2011

Stok oh Stok....


stok ebm makin merundum!
sedey giler.
kalo boleh aku nk stok mcm suatu ketika dulu.
tapi skrg...ermm sedey gilerr!!
skrg ni aku cuba buat stok bila hari bekerja.
weekend jgn harap la, nk melekat je anak dara aku tu.
kalo dulu sehari boleh dpt 4 botol, skrg jangan kan 1 botol.. cuma dpt 3oz aje… kadang tu, pernah pergi balik usung beg penyusuan aje KOSONG..!! takde bekalan untuk sara.....(maafkan mami ye sayang)
aku pun tak tau kenapa aku jadi cammi.....penyakit M aku menjadi-jadi :( ! skrg ni aku terpaksa mengalah.... aku dh introduce sara susu fomula, mula2 bagi dia minum annum, tapi unfair pulak… time haziq dulu aku bg enfalac A+ so, untuk sara enfalac A+ jugak..alhamdulilah..semua ok. najis ok and tak de alahan..aku tetap bekalkan EBM ngan susu formula bila anta ke rumah babysitter. kt rumah, jgn citer la.asal aku ada, melekap ajer la kejenya… pernah sekali tu, aku nak ke dapur sekejap menangis bagai nak rak macam kena dera pulak….aduhaiiii

YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN
 


Monday, July 11, 2011

Kusut

Bila perasaan ini timbul, mulalah rasa serba tak kena. Benci. Serius Benci. Bila jadi camni, pendirian aku hilang entah ke mana! Nak fikir?? sudah tak boleh nak berfikir! Bebal tau bebal. Emosi menguasai fikiran... inilah jadinya. Sesak tau...

Malasnya Nak Pindah

Minggu ni rasanya minggu paling kusut masai buat aku sebab diberi masa untuk kemaskan barang. Macam kena halau bunyinya kan. Weols sebenarnya kena pindah pejabat dari PWTC ke PUTRAJAYA.... Huh macam-macam kena pikir dari segi kos dan segala bagai! pukul berapa aku nak bangun dari tido untuk bersiap menguruskan anak-anak aku ke taska... nak menghadap traffic jam di sepanjang jalan nanti! dan macam2 masalah yang bakal timbul di kemudian hari?? Aduhhh... ada yang cadangkan aku pindah rumah dekat dengan opis....? tapi hanya aku saja yang tau sebab musahab kenapa aku TIDAK mahu pindah.... rumah yang aku dok skrg ni... dekat dengan taska, hampir dengan sekolah... segala2 kemudahan tersedia di depan mata... harus kah aku pindah?? atau aku harus mencari alternatif lain?? tukar kerja? urmm...

All Babies Are Genius !!: May 2011

All Babies Are Genius !!: May 2011

Soft Foam Baby Chair


bumbo seat

                                                                  karibu seat

entah bila aku terfikir nak belikan sara soft foam bb chair ni, aku pun tak pasti. tapi yang aku tau ada 2 jenis. bumbo (rm189) dan karibu (rm139). kebetulan pulak minggu lepas masa dok berjalan2 dengan sara dan mr hubby, kami singgah masuk kat kedai Lunatot di Giant Kota Damansara, bumbo seat takde.. so, try amek yang karibu dan dudukkan sara kat situ, aku sebenarnya masih lagi teragak2 nak beli seat ni rasanya cam tak perlu kot.. anak takde pe2 pun...mami jer yang lebih... He3

sara bergaya dengan karibu seat..

sara dok membelek2 karibu seat ni..

Sunday, July 10, 2011

Tips Mendidik Anak

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


Sumber ~ emel sahabat. Moga memberi manafaat

Wednesday, July 06, 2011

Kenapa Perlu Marah ?

..........????? aku tiada mood nak up date blog buat masa ni... no mood at all..!! pelbagai masalah melanda!! arrghhhhh aku rasa macam nak menjeritt ! aku dah mulai bosan! bosan! kenapa aku perlu marah-marah ni?

Semalam aku agak tersentap bila aku dikaitkan dengan seseorang yang memang tak rapat dengan aku... perkaitan yang boleh dikatakan selalu membuat darah aku naik la... sakit hati pun ade jugak.. sebab cara dia seolah-olah aku punca utama masalah itu... Huh! mungkin itu cume tafsiran aku.. Anyway, maybe jugak dia tak bermaksud camtu kan!!

Kesimpulanya kenapa perlu kaitkan nama aku? aku tiada kena mengena dengan satu pencarian itu! aku jadi mangsa keadaan.........aku rasa bukan aku yang bersalah!! (Manusia mana pernah nak mengaku salah kan!)





Tuesday, July 05, 2011

Elakkan Membuat 'Dosa Kering' Sesama Rakan Sepejabat

Marilah kita bersama-sama bekerja dengan penuh keikhlasan, tanpa hasad dengki dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan. Elakkan mengumpat di pejabat (mahupun di mana-mana) atau memburuk-burukkan orang lain untuk apa-apa kepentingan diri mahupun sekadar sebagai hobi. Elakkan juga menabur fitnah & mereka cerita untuk menjatuhkan dan/atau memalukan orang lain. Marilah bercerita perkara yang baik-baik jer dan sentiasa nasihat menasihati dan menegur antara satu sama lain.

Monday, July 04, 2011

Doa memohon Kebahagian Berumahtangga


Tentang Surah Al-Insyiraah/As-Syarh/ Alam Nasyrah
banyak fadilatnya:-

dan di antaranya is doa untuk mempereratkan kasih sayang suami isteri ehe ^_^
Doa untuk mewangikan lagi kasih sayang suami isteri
Sesuai jua untuk bagi anak yang tidak mendengar kata, insyAllah akan mendengar kata dan lembut hati ^_^

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini
).

Kenapa mesti bersedih??


Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???

Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya.... .. segala jawapan ada di dalamnya....

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12


share dari blog ~ http://dapur-siti.blogspot/

Kenapa Perlu Hipokrit ?

Kenapa manusia perlu hipokrit??? Kalo dulu aku sangat membenci manusia yang hipokrit tapi sekarang aku juga terpaksa menjadi hipokrit. Tipu lah kalo kita tak pernah hipokrit.

Kalo dulu mungkin aku terlalu jujur, terlalu bendul memegang prinsip dan tidak ingin hipokrit tetapi semua tu dah tak berguna. Aku juga turut hipokrit. Hipokrit pada diri sendiri untuk menjaga hati orang lain.
Ya kadang-kadang kita perlu hipokrit. Tapi jangan hipokrit dengan orang lain semata-mata ingin menunjukkan yang diri kamu itu bagus sehinggakan menjahanamkan orang lain.
Aku sering memikirkan orang lain dari diri sendiri. Kenapa sampai saat ini pun aku masih memikirkan orang lain dari diri sendiri? Wake up girl, wake up. Dont be stupid!! Think ur self first before u think someone else.
Letih~
Terlalu mudah memaafkan orang lain. Terlalu mudah menerima orang yang menipu kamu dan terlalu mudah berasa kasihan. Apa ni???
Tak kasihan ke aku pada diri sendiri? Tak rasa sakit ke bila dipermainkan? Kamu ikhlas dengan orang tapi orang buat kamu macam tahi. Apa ni???
Dan aku tahu, aku akan tetap macam dulu. Mudah memaafkan orang lain. Itu memang bagus. Tapi hipokrit dengan berpura-pura yang kamu langsung tidak terluka dengan tindakannya sedangkan hati kamu remuk bagai disiat-siat dengan belati tajam.
Entah sampai bila aku akan berhenti memikirkan tentang diri orang lain dari diri sendiri. Dan kita semua tak kan terlepas dari sikap hipokrit walaupun kamu sendiri membenci sikap itu kerana kita adalah manusia biasa.
Hipokrit boleh tapi jangan sampaikan kamu menjatuhkan orang lain.

Friday, July 01, 2011

Bosan tahap gaban!

Tak tau kenapa aku bosan tahap gaban!! Doremon... BoBOboi....Upin Ipin Tologgggg......!! dari pagi tadi aku asyik dok megupdate blog yang tak seberapa nih....He3 biasalah aku budak baru belajar.....Wahh budak ker?? He3..biasalah kalau bosan2 ni aku usha2 blog orang He3.. kira okay la tu dari aku menulor kan ? baik dok diam2 kat tempat sendiri....cukup time aku blah ar....Wakaka 

lepas bace blog orang....aku layan lagu....itu ajelah koje aku.... apesal entry aku kali ni cam bengong jerk!! mati kutu ar... Arghhhhhhhh kembalikan MOOD aku !!!