Wednesday, July 13, 2011

Tentang Malam Nisfu Syaaban

Aku cuba mengumpul kekuatan untuk mencoretkan sedikit catatan kehilangan mak yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam nisfu syaaban...3 tahun lalu..

Kosong sekeliling

Along......"Mak dah takde......." sayu sungguh suara ayah yang menghubungi aku jam 8.20 malam, Sabtu 16 Ogos 2008. waktu itu kami sama-sama bergegas menghantar mak yang tidak sedarkan diri ke hospital selepas solat maghrib... Sepi.Pilu.Sebak.Bagaikan segala pergerakan terhenti,aku tidak mampu mententeramkan diri. lantas.....aku meraung MAKKKK............ !!! aku terpingga,aku terpaku memandang kosong di sekeliling dinding hospital itu. Terbayang wajah kudus mak,nasihat bermakna mak,gelak tawa mak, aku sepi...dan sepinya dunia yang terasa menghimpit dan menggigit aku. Wajah mak di mana-mana...pandangan aku lemparkan di kejauhan mencari makna sisa-sisa hidup disebalik wajah mak yang melintas di mana-mana..

Sambil menahan air mata, memandang sekujur tubuh..... lantas wajah syahdu mak kukucup buat kali terakhirnya...."Semoga Allah mengasihinya, sebagaimana mak mengasihiku sewaktu kecil hinggalah ke detik ini."

Al-Fatihah buat Rubiah binti Abdullah

1 comment:

  1. alfatihah.. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih2 ALLAH yang beriman... aminn...

    ReplyDelete