Monday, July 04, 2011

Doa memohon Kebahagian Berumahtangga


Tentang Surah Al-Insyiraah/As-Syarh/ Alam Nasyrah
banyak fadilatnya:-

dan di antaranya is doa untuk mempereratkan kasih sayang suami isteri ehe ^_^
Doa untuk mewangikan lagi kasih sayang suami isteri
Sesuai jua untuk bagi anak yang tidak mendengar kata, insyAllah akan mendengar kata dan lembut hati ^_^

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini
).

No comments:

Post a Comment