Saturday, February 04, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Salam Maulidur Rasul buat semua rakan-rakan. Alhamdulillah, segala puji dan puja kita kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq sepanjang jalan.


Hari ini bersamaan 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1433), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.



No comments:

Post a Comment