Monday, March 26, 2012

Kawan Saya Meninggal Dunia...

........................................
........................................

AL-FATIHAH untuk Hasfa Rizal bin Tartip 35, akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah hampir 2 minggu tidak sedarkan diri (koma) akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, macam2 spekulasi yang saya dengar....tapi bagi saya tak perlu la kita nak bercerita tentang keburukan dan sebagainya terhadap si mati kerana hanya "Allah Yang Maha Mengetahui" jangan la kita membuat andaian sesuatu yang tidak pasti....




Hasfa Rizal adalah kawan lama saya, sekelas semasa ditingkatan 1 dan 2, (Sek. Men. Taman Medan 1990-1991). Arwah kawan yang sangat baik dan sangat menghormati kawannya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Ameen...

.........terasa
.........bila-bila masa sahaja ajal boleh menjemput!



4 comments:

  1. Hasfa Rizal ialah murid saya di SK Taman Medan ketika di Darjah 6.Hasfa sangat aktif dalam dengan ko-kurikulum sehingga saya mencalonkannya menjadi ketua pasukan bolasepak kelasnya,wakil pelari sekolah,ketua darjah,wakil sekolah ke perkhemahan PBSM.Kali terakhir sy melihatnya pada 2.1.1993 ketika sy menganjurkan pertunjukan kugiran di dewan Taman Lindungan Jaya.Sy sentiasa mengingatinya sehingga sy ingin melihatnya lagi.Sy mendengar ttg kematiannya 2 tahun kemudian,sy berdoa agar Allah menempatkan rohnya di tempat yang sejahtera.Selamat berpisah,Hasfa Rizal.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...adakah saudara unknown ni cikgu SK Taman Medan sekitar tahun 1985-1989? Mungkin saya juga mengenali cikgu...sy bekas murid kelas 6 Nuri (1989)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Ckg.Abdul Shukor bin Hashim,sy mengajar di SKTM dari 87-93,sy tidak pasti samada Hasfa berada dengan saya pada 88 atau 89,Jika anda sekelas dengan Allahyarham Hasfa pada 89,jadi betullah Hasfa di Darjah 6 Nuri.Saya di https://www.facebook.com/abdulshukor.binhashim

      Delete