Friday, July 20, 2012

Betul ke Roh Balik Di Bulan Ramadhan..??

Pernah tak korang dengar orang cakap:


" bulan puasa ahli kubur akan terlepas dari seksa kubur. Jadi roh mereka akan pulang ke rumah untuk menjenguk ahli keluarga masing-masing."

Adakah ini benar atau sekadar kepercayaan?


Setiap kali bulan ramadhan, orang yang paling saya nantikan ialah Arwah Mak... Arwah mak meninggal waktu umurnya 49 tahun kerana menghidap penyakit kencing manis dan mengakibatkan komplikasi buah pinggang.
kalau betul lah roh balik di bulan Ramadhan mesti arwah mak balik kan..tengok anak-anak dan cucu-cucunya. (^^")
Sesiapa yang ada info atau hadis berkaitan dengan perkara ni boleh la share ya. Supaya kita semua sama-sama tahu.


Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.






1 comment:

  1. Ntahlah..
    Saya juga rindukan arwah mak dan arwah bapa saya... BR nie sy ada terbaca dalam internet yg roh akan balik melawat anak2 mereka dan org2 yg mendoakan mereka. Tp td sy terbaca sebaliknya pula yang roh tidak akan dibenarkan kembali ke dunia

    http://mummyrozie.blogspot.com/2011/08/roh-di-bulan-ramadan.html

    Wallahualam... Harap ada yg berilmu dapat komen.

    ReplyDelete