Thursday, June 30, 2011

Aku Hanya Manusia Biasa..

aku...siapa AKU ?? aku hanyalah manusia biasa....isteri kepada seorang sang suami yang amat memahami kerenah aku yang kadang kala moody tak tentu pasal wakaka...terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya....aku seorang ibu kepada sepasang cahaya mata....aku juga anak sulung dari 6 beradik....aku bahagia hidup dalam serba sederhana.....aku hanyalah manusia biasa...sering melakukan kekhilafan….tidak sempurna…..tapi ini la aku….kadang-kadang mahu jer aku lari dari semua masalah dan orang di sekeliling agar aku lupa tentang masalah yang aku alami…namun itu semua tidak mungkin berlaku…aku pernah kecewa.....dan aku pernah merasai kehilangan insan yang tersayang..... hidup aku mulai suram sejak kehilangan itu !!....aku makin putus asa....Ya, aku sudah putus asa dengan kehidupan ini....tapi, adakah tangisan itu dapat memulihkan semangat aku yang telah lama hilang?? aku harus bangkit dari kekecewaan....kesedihan....kehilangan....atau apa jua yang pernah menerjah dalam sanubari ini.....Tuhanku dalam termanggu ku sebut namaMu biar susah sungguh.... mengingat kau penuh seru...Tuhanku cahayaMu panas suci bagai kerdip lilin....di kelam sunyi... aku juga mahu meminta maaf di atas kesilapan yang sering aku lakukan kepada semua yang mengenali aku terutama kawan-kawan aku..aku akui kadang-kadang aku berbicara tanpa memikirkan kesan dari kata-kata aku sendiri namun aku akan cuba membaiki apa yang kurang….Sesungguhnya Aku Hanyalah Manusia Biasa...

Sedetik Lebih...

Post Entry kali ni pasal Anuar Zain .....aku suka dengan lagu2 anak pak zain ni... aku bukanlah peminat fanatik penyanyi yang berasal dari Merlimau Melaka ini....tp kalau berpeluang jumpa Hohoho....teruja gak ler kan?? Wakaka.. bagi aku Anuar Zain ade kelas tersendiri...Eksklusif gitu ! pe pun layan la korang dengan bait2 lirik lagu ini.....bile korang hayati lagu ni cam terasa di awangan pun ada kan ? tp tak semestinya lagu ni sesuai untuk pasangan kekasih...suami/isteri....tp sesuai juga ditujukan kepada ibubapa, keluarga atau pun kepada sesiapa yang memberi dorongan dan semangat kepada kita....p/s ikut suka korang la... : D

Lirik Lagu Anuar Zain ~SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Ku Berjanji Kerna Cinta

Lirik Lagu Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta
Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cintaku..
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu…menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti...


This song is really something Superbeb.. !! rase pelik dalam hati bile dengar.... Wahh sentimental la pulakk :P

Wednesday, June 29, 2011

Pendidikan

Assalamualaikum....Entri kali ini aku nak bercerita tentang bab pendidikan, suatu ketika dulu… aku selalu berangan untuk hantar anak-anak aku ke kelas KUMON bukan apa, banyak respon yang aku dengar KUMON ni bagus untuk kanak-kanak seawal 4 tahun !! tapi macam biasa la ada PRO n KONTRA bila kita bercerita tentang pendidikan ni....bagi aku senang jer....cuba dulu baru tau....dan yang paling2 penting haruslah RM Hehehe...
KUMON ni ada 2 subjek Maths & English....aku daftarkan Haziq kelas Maths dulu.. yuran pendaftaran RM30.00 + RM120 yuran bulanan. Alhamdulillah selepas 3 bulan aku mula nampak progress nya... dalam setahun Haziq dah bole buat subtraction level....konsep KUMON ni homework-buat-hantar-semak senang citer latih tubi la... macam kita sekolah dulu2.... Maths kan kena selalu buat latihan kalau tidak... HAMPEH huhuhu...
Sebaik saje aku pregnant kali ke 2... aku tak hantar Haziq ke KUMON lagi.... sbb takde sapa nak hantar dia kat sana...aku ?? haruslah tak larat kan....huhu kesian Haziq..... setahun tak gi kelas KUMON dia dah mula lupa teknik nak menjawab soalan Matematik !! aku dah mula risau yelah....next year nak masuk darjah 1......Oppss aku bukan la OBSES tentang pendidikan ni.....tetapi aku rasa sudah menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak masing2 kan..... Akhirnya aku daftarkan Haziq ke KUMON sebagai persediaan.....
dapat beg lagi...

homework pack..
kena repeat addition level...

addition level...

addition level lagi..

Monday, June 20, 2011

Kisah Hati ~ Alyah


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

awesome !!
very nice word...
mesti tak lama lagi ada la drama2 yg ambik lagu ni wat tema ^_^

Cara-Cara Merangsang Bayi




Ilmu yg boleh dikongsi bersama...

Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya.
Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti ” anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu”, dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti” cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak,” dan sebagainya boleh digunakan.
Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi “ma ma ma, na na na” ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti “mama”, “baba’ pada usia sepuluh bulan.
Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan ” Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam”. Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam. Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti ” tepuk-tepuk tangan”. Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.
Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat.