Hari ini dah masuk 24 Ramadhan. Alhamdulillah.
Entah kenapa, teringatkan arwah Mak...
Terasa seperti tak percaya arwah Mak yang tercinta telah pergi meninggalkan kami...
Bukan tak dapat menerima kenyataan, bukan tak dapat menerima takdir...
Tapi ianya sukar.
Tahun ni, masuk 4 tahun pemergian arwah Mak ....
Aku ingat lagi kalau time bulan posa...
semua adik beradik berkumpul dalam bulatan besar nk bukak posa...
Macam2 makanan lah terhidang hehee..
memang ceria lah family aku...
Tapi tu dulu....
Sekarang semuanya tinggal kenangan...
Hari raya dah tak semeriah dulu.....
Kenangkan suami dan anak-anak jer....
Raya tahun ni giliran aku beraya dengan adik-beradik....
Pagi selepas solat mesti ziarah kubor arwah Mak...
Mak pembakar semangat aku, Hingga kini.
Arwah Mak baik orangnya. Tak dinafikan....
Ya Allah, rindunya.......
Mak....semoga Rohmu tenang di sana yaa..
Doakan yang terbaik untuk Along...
Rindu gelak tawa Mak...
Rinduk nak peluk Mak..
O Allah...tempatkan lah Roh MAK dalam Jannah Mu...
AL-Fatihah
22.02.1959-16.08.2008
Dalam kenangan, dan selalu dalam ingatan...
Betul kata orang Kasih ibu membawa ke syurga...
Dan tiada galang gantinya........
Coretan kasih sayang dalam perjalanan kehidupan. Moga hari seterusnya lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu dan menjadi sebuah kenangan abadi.
Monday, August 13, 2012
Wednesday, August 08, 2012
Ramadhan dirahmati Syawal diberkati
Assalamualaikum kawan-kawan pengunjung yang dihormati..mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah yang maha berkuasa atas
segala sesuatu.
Sempena bulan puasa ni opis aku ada anjuran Ceramah Ramadhan
Tajuk "Ramadhan dirahmati Syawal diberkati"
tetamu jemputannya ialah Ustazah Asni Mansor
Tajuk "Ramadhan dirahmati Syawal diberkati"
tetamu jemputannya ialah Ustazah Asni Mansor
Alhamdulillah...
banyak ilmu yang aku dapat....
antaranya yang boleh kita kongsikan bersama adalah tentang tanggungjawab
tanggungjawab kepada Allah
tanggungjawab kepada Ibu Bapa
tanggungjawab suami
tanggungjawab isteri
tanggungjawab terhadap keluarga
Masa ni juga Ustazah Asni adakan kuiz sapa yang dapat jawab, akan diberi percuma sebotol air yang telah dibaca surah Al-Quran 30 juzuk oleh 10 orang guru tahfiz. Air ini juga dibaca ayat-ayat Manzil (ayat2 terpilih dalam A-Quran yang boleh menjauhkan gangguan syaitan,sihir,santau dll) Air yang dibaca doa khatam Quran dan doa Syifa'. Solat hajat berjemaah sebelum memulakan bacaan. Air ini dibaca di Tahsin Al Quran Training Centre di Kajang, Selangor.
Masa ni juga Ustazah Asni adakan kuiz sapa yang dapat jawab, akan diberi percuma sebotol air yang telah dibaca surah Al-Quran 30 juzuk oleh 10 orang guru tahfiz. Air ini juga dibaca ayat-ayat Manzil (ayat2 terpilih dalam A-Quran yang boleh menjauhkan gangguan syaitan,sihir,santau dll) Air yang dibaca doa khatam Quran dan doa Syifa'. Solat hajat berjemaah sebelum memulakan bacaan. Air ini dibaca di Tahsin Al Quran Training Centre di Kajang, Selangor.
air mineral 30 juzuk Al-Quran
lagi satu isu utama mengenai Kebesaran Al-Quran
Ustazah Asni cakap: Allah swt. sangat cintakan orang yang menyintai Al-Quran..
antaranya tengok Quran pun dapat pahala sebenarnya.! belom baca lagi. kalau rajin mengaji di bulan puasa, pahala tu darab dengan 70 ganda!!
"Dan barang siapa yang baca Al-Quran tetapi tersekat-sekat,tetapi dia bersusah-payah,pahalanya 2 kali ganda daripada orang yang pandai"
sebab tu Ustazah Asni, pesan jangan tinggalkan Quran dalam hidup
dan jangan lupa baca Quran. merangkak-rangkak pun dapat pahala tau..
Nah! senangkan nak dapat pahala...
sebaik-baiknya sorang satu ada Quran..
suami satu Quran
isteri satu Quran
kalau ada 2 orang anak
pastikan setiap anak tu ada Quran masing-masing..
kalau dah boleh membaca tu biasakan anak tersebut dengan Quran.
InsyaAllah lama-lama akan menjadi kebiasaan.
Berapa ramai ibubapa sekarang ni lebih
mementingkan pelajaran akademik untuk anak anak dari pendidikan Islam. Jika anak
meninggalkan solat dan tak membaca Quran tak mengapa tapi jangan sekali kali meninggalkan kelas
tuisyen matematik atau bahasa Inggeris.
Andainya kita sendiri memang dibesarkan
oleh ibubapa kita dengan sebegitu rupa, janganlah kita menzalimi anak anak kita
pula dengan menyediakan kehidupan mereka sebegitu. Biarlah kita sahaja yang
jahil namun jangan biarkan anak anak kita mewarisi kejahilan kita
tu.
Sekiranya kita pernah dibesarkan
dengan asas Islam oleh ibubapa kita suatu masa dahulu, jangan pula kita
terlalu terikut dengan arus kemodenan dan melupakan apa yang telah dididik
kepada kita. Kalau kita sendiri sudah melupakan setiap didikan yang kita terima
sewaktu kecil dahulu, jangan pula kita membiarkan anak anak kita hanyut
tenggelam tanpa pegangan.
Hantarlah anak-anak kita ke kelas
tuisyen akademik, namun jangan sekali kali kita biarkan mereka mengabaikan
tuntutan ibadah seperti solat khususnya.
Jangan berasa malu apabila suatu hari
nanti anak anak kita berkata, "Ajarkan saya membaca Al Quran wahai ayah dan
ibu". Bacalah, pelajarilah dan hayatilah Al Quran tu bersama sama dengan
mereka, mudah mudahan kehidupan kita semua akan mendapat berkat dan rahmat
dari-Nya yang maha berkuasa.
Ustazah Asni juga ada mengalunkan bacaan surah Toha kepada kami
Masya Allah..terpegun. syahdu aku mendengarnya. malah secara tiba-tiba hati aku mulai sebak..tak tau kenapa?? itulah kebesaran Al-Quran yang bisa menyentuh sanubari apabila di perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Masya Allah..terpegun. syahdu aku mendengarnya. malah secara tiba-tiba hati aku mulai sebak..tak tau kenapa?? itulah kebesaran Al-Quran yang bisa menyentuh sanubari apabila di perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)