Thursday, July 18, 2013

....HaTI yanG RaPuH....

 
Di hatiku lakarkan sebuah impian..
yang aku namakan harapan...
apabila ku tentukan arah serta tujuan
relaku hadapi cabaran
 
Jalan ke puncak itu beronak dan berduri
menyukarkan pendakianku
namun tetap ku gagahi
hati yang rapuh ini
demi hasrat yang suci
 
Aku sandarkan harapan selembut impian
yang menguliti tidur insan
kiranya kehidupan tidak sedemikian
goyah hatiku oleh kenyataan
 
Tak harus ku turuti kelemahan diri
tak daya bertahan diuji...
lalu aku mengumpulkan semual kekuatan
berlandaskan keimanan....
 
 
 



Wednesday, July 10, 2013

Roh pulang jengok rumah di bulan Ramadhan??

Di katakan..
 
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


1. Ulama tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi.

Bahawa  roh tidak akan mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya. Dalam erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia. "Alam ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab. "Dalam satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh. “Tidak ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,” ujarnya. 

2. Penceramah bebas, Zaharuddin Abd. Rahman.

Roh tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. "Dakwaan roh pulang ke rumah sempena hari-hari tertentu tidak benar. Jika ada yang pernah melihat makhluk menyerupai si mati dan kedengaran suara menangis, menurut ulama ia bukanlah roh si mati sebaliknya angkara jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya. Hujahnya itu dirujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud: “Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.” Zaharuddin berkata, ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.
“Begitupun, ada juga ulama yang berpendapat, roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui mimpi,” 

3. Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.

Roh tidak boleh kembali ke dunia dan manusia juga tidak boleh masuk ke alam barzakh tanpa sebab.
“Kalau kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia dan boleh ke sana ke mari, seolah-olahnya di alam barzakh itu tiada seksaan kubur, tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke alam dunia. Anggapan tersebut salah sama sekali. “Disebabkan itu, kita harus yakin dan percaya bahawa roh si mati tidak boleh pulang ke dunia untuk menziarahi keluarga, rumah, kubur dan sebagainya,” jelasnya. Tambahnya, hanya pada hari kiamat nanti, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah. “Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Roh yang memasukinya akan kekal di dalamnya.
 

sumber: kosmo online
 

.....menitis airmata. Al-Fatihah untuk arwah mak semoga roh mak bersemadi dengan aman..selama ini ingat roh akan kembali ke rumah apabila setiap kali bulan ramadhan...tengok apa yang anak2 mak buat.... :(
 
 
 



Salam Ramadhan Al Mubarak 1434H

"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat ku lalui dengan sempurna..."
 
Assalamualaikum pembuka bicara...salam ramadhan buat semua...bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat islam di  seluruh dunia, sekejap betul mase berlalu..rase baru jer kita sambut raya kan. Alhamdulillah syukur kepada-Nya kerana diberi kesempatan lagi menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.
 
Di kesempatan ini juga saya mohon maaf di atas salah dan silap dari setiap bait kata yang tidak disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran, diberkati dan dirahmati Allah swt.
 
 
 
"Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada
Engkaulah kami meminta pertolongan". (Al-Fatihah: 5)
 
 







Wednesday, July 03, 2013

Burger Bakar Abang Burn @ Kota Damansara

Haiii..^^

Citer  pasal burger bakar ni dah lama sebenarnya..macam-macam versi "burger bakar" ada.. terbaru heboh pasal "Burger Bakar Abang Burn" sampai aku pun teringin nak pekena burger bakar ciptaan abang burn ni...asik tengok orang post gambar aje huhu..

Kedai burger bakar abang burn ni terletak di medan selera tanjung (tanjung village food court) kat area dataran sunway bersebelahan dengan bangunan starbuck, tapi parking kat situ memang susah nak dapat sebab kawasan tu memang selalu jem...!

Meh aku story pengalaman aku makan burger bakar abang burn ni ye...menu yang aku dan encik suami pilih "Beef Burger Supremo Cheese"dalam burger tu ada cheease, onion ring dan cendawan goreng bersalut tepung...pilih je nak ayam,daging @ kambing! anak-anak aku pulak tetiba order "chicky meal" boleh?? ahaha....ni bukan restoran KFC sayang oiii mujur ada cheezy wedges dan meatballs....balik rumah terus dorang mintak nasik ahahaa

Kedai ni dibuka setiap hari dari pukul 5.00 ptg hingga 12.30 mlm
jomm apa tunggu lagii...
Lastly dapat gak aku makan burger bakar ni...hihii



 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, July 02, 2013

RINDU MAK...

 
 
 
Sejak mak tiada jiwa aku jadi kosong. sepi. sunyi. Perasaan aku mudah tersentuh setiap kali teringatkan mak. lagu-lagu kat radio mengingatkan aku  pada mak. masih ingat lagi mak sangat minat dengan penyanyi Datuk Sharifah Aini. "Tiada Maaf Bagimu" Hapuslah Airmatamu, Kau Tinggi di Awan Biru"  antara lagu-lagu favorite mak....
 
Kadang mak selalu nyanyi lagu kesukaannya di hadapan anak-anak sambil melipat kain baju dan bergurau dengan kami..alangkah bahagianya saat itu....stesen radio klasik nasional selalu menjadi pilihan mak satu ketika dulu. Kini, setiap kali aku terdengar lagu-lagu yang pernah mak minati...buat aku jadi sebak...pilu. Walaupun sudah 5 tahun mak meninggalkan kami tapi kenangan itu masih jelas bermain di ruang mata aku...seolah-olah terakam yang bole aku lihat bila-bila masa saja.
 
Kerinduan aku kepada mak sampai terbawa-bawa ke alam mimpi...kadang dalam mimpi itu aku berpeluang berbual-bual dengan mak dan ada kadang aku dapat peluk cium MAK! Ya Allah...apakah mimpi ini pengubat rindu aku kepada mak.
 
Mak. sesungguhnya rindu ku ini tak pernah pudar...ingatanku pada mak tak pernah hilang...rindu sangat dengan mak.....rindu celoteh mak....rindu masakan mak...rindu gelak tawa mak...rindu segala-galanya tentang mak......Ya Allah....AKU RINDU MAK...... :(
 
Mak, dibulan Ramadhan yang hampir tiba ini membuatkan ingatanku pada mak makin kuat.....Ya Allah tenangkanlah hati hamba mu dalam menghadapi sebuah kehilangan abadi ini. Sesunguhnya terlalu perit untuk aku menerima sebuah ketentuan yang ditakdirkan. Hanya kepadaMu tempatku mengadu.....semoga roh mak tenang di alam sana.
 
 

Al-Fatihah buat arwah mak Rubiah bt Abdullah.