Monday, March 18, 2013

Mesyuarat PIBG

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita pasal mesyuarat PIBG..korang penah pergi mesyuarat PIBG tak? mesyuarat PIBG ni melibatkan ibubapa dan guru-guru di sekolah tersebut. Masa ni la parents nak komplain macam-macam, ada yang tak puas hati ke selain usul apa-apa yang patut sebagai penambahbaikan sekolah tersebut. Sabtu lepas, aku dan encik suami menghadiri mesyuarat PIBG ni.
 
Penglibatan parents? amat menyedihkan....dalam dewan tu adalah beberapa kerat parents yang hadir ...Hmm nak kata sibuk tak tau lah...bukannya pihak skolah buat tiap-tiap minggu, sekali setahun je pun.
 
Dulu, aku pun takde arr nak amek pot sangat pasal benda2 ni semua....tapi sejak anak dah bersekolah ni terpanggil pulak nak tau hal-hal yang berkaitan..Kadang aku simpati gak dengan pihak sekolah ni yelah.....bila buat program ada je parents yang tak puas hati dengan sekolah itu la ini la...(Opss! aku pun penah gak komplain tapi.....perkara yang betul-betul aku rasa tak wajar okeh!)
 
kalau yang betul2 ade hal yang tak dapat nak dielakkan tu, okay la jugak....aku sebagai parents pun terkilan dengan sikap segelintir ibubapa yang berkira untuk luangkan sedikit masa untuk kepentingan  anak-anak ni...sepatutnya kita sama-sama bermuafakat melibatkan diri dalam mesyuarat yang dah tentunya penting! tu belom lagi melibatkan DUIT.

Pernahkah kita sebagai ibubapa terfikir apa pula sumbangan kita kepada sekolah tempat anak kita mencari ilmu??...sikap sesetengah ibu bapa yang begitu berkira  untuk mengeluarkan wang demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti apabila sekolah mengutip yuran tahunan sekolah.
 
Sebenarnya, ada banyak cara untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak kita. Bagi yang berduit tu, mereka boleh menderma...bagi yang kurang berkemampuan boleh jer bekerjasama dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah...tak gitu? hihii... 
 
Sekadar berkongsi apa yang aku rasa...takde niat nak kondemkan sesiapa :)

 
 
Nota kaki : Ganjaran dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah ini bukanlah untuk mereka yang menuntut ilmu dan yang memiliki ilmu sahaja, tetapi juga kepada mereka yang membelanjakan hartanya untuk ilmu, perkembangan ilmu serta bagi tujuan orang lain mendapatkan ilmu. Ini kerana apa-apa perbelanjaan yang dikeluarkan atas nama ilmu yang bermanfaat, ia dianggap sebagai perbelanjaan ke jalan Allah. Maka, mengapa kita begitu sukar untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak?