Wednesday, February 22, 2012

Tujuh (7) Perkara Yang Mesti Dilaksanakan


  • Solat Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  • Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.  Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman
  • Solat Berjemaah Di Masjid. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  • Melaksanakan solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  • Bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  • Sentiasa berwudhu‘ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
  • Sentiasa istighfar. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Semoga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan Sunnah Rasulullah S.a.w tercinta.
InsyaAllah.


Appreciation/credit to : Mutiara Iman




Mungkin Kita Kata Kita Sabar dan Redha, Tetapi....



Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.

Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.

Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…

Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.

Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.


Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.

Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…

Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.

Jagalah Iman Kita Ketika diuji.



Appreciation/credit to : Mutiara Iman



 

Sunday, February 12, 2012

Perkongsian ESQ MCB di Kelana Jaya

Salam 165.

PAGI!!!...


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memberi izin dan memudahkan perjalananku menghadiri kursus lanjutan ESQ – Mission Statement & Character Building (MCB) di Kompleks Tabung Haji 9-10 Februari 2012.

PENGALAMAN???!!!... Subhanallah… tak tergambar utk diucapkan dengan lisan mahupun tulisan.. kerana kesannya dalam hati dan di jiwa.. sukar sekali dinyatakan dengan sebarang pernyataan..

Jawapan kepada pengalaman???... “PERGI SENDIRI DAN HAYATI SENDIRI”.. itu sahaja.. hihihihi.. (jangan marah... hehehhee)..

Banyak sungguh pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi meskipun hanya untuk 2 hari..

Hari pertama: MISSION STATEMENT
kesudahannya apabila merumuskan segala kenangan dan pengalaman hidup – saya memutuskan untuk BENAR-BENAR MELEPASKAN DAN MELAPANGKAN DADA... dan benar.. ISLAM ITU INDAH DAN BAHAGIA... apabila melepaskan SEGALA BEBANAN... ringan sungguh perasaan.... dan bahagia itu muncul bercahaya...

Hari kedua: CHARACTER BUILDING
apabila ditanya tentang ujian-ujian.. saya lepaskan semua bebanan perasaan..

GAMES… fuh.. seronok babe… bayangkan... dalam main game tu airmata boleh menitis.. aduhaiii....

Yang syoknya, selain lagu Demi Matahari.. ada lagi lagu gerak tari lain.. iaitu gerak tari untuk lagu Muhammad Ali dengan gerak tari utk 7 Nilai Dasar (ni lagu apa tah.. ”kapuera” ke apa ke ntah namanya... tapi syok oooo... comel jer tengok Mr. Zero menari.. kehkehkeh...)Di training itu bukan sahaja dapat ILMU, tapi juga turut dapat menambah ikatan persaudaraan baru.. perasaan tu seronok sangat...walaupun tak kenal latar belakang tapi kami tahu satu perkara yang sama... KAMI INGIN MENCARI ILMU... ingin memperbaiki diri...

Justeru itu, yang mana yang menghulurkan salam persaudaraan, terima kasih dan saya amat bersyukur... Alhamdulillah...


ILMU itu LUAS..
ILMU perlu dimantapkan supaya lebih yakin, lebih baik, lebih tawaduk – bukan lebih sombong, lebih bongkak, lebih perasan dan lebih rasa diri itu TERPILIH kerana BIJAK dalam ’satu-satu’ ilmu...
ILMU perlu dicari, diperbaiki, ditambah dan diperkasakan setiap hari...
ILMU tidak terhad kepada ILMU AGAMA, tetapi juga ILMU KEHIDUPAN.. ILMU ALAM, dan sebagainya.. (matematik, undang-undang, perubatan, fizik, geografi, sejarah, sastera, kebudayaan itu juga ILMU kan kan kan...)
ILMU tidak hanya diajarkan DI SURAU ATAU MASJID ATAU MADRASAH tetapi alam sekeliling juga tempat untuk mencari ILMU...


Training ESQ165 ini adalah PENCETUS KEINSAFAN.. untuk MENGGERAKKAN JIWA YANG LALAI, mengembalikan RASA yang hampir PUPUS atau YANG BELUM WUJUD... yakni SEDAR PADA RASA KECINTAAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN AL-QURAN..
(AGAMA ISLAM KESELURUHANNYA...) di kalangan masyarakat islam yang kian KETANDUSAN ILMU AGAMA dan yang mengejar materialistik dan mengabaikan spiritualnya.. Ringgit lebih MULIA dari agama!!... ini bahayanya!!.. dan di sini cabarannya.. untuk kembali jernihkan hati yang kotor, kembali pulihkan jiwa yang sakit, kembalikan semula manusia ke fitrahnya...

Training ESQ165 ini BUKAN ILMU BARU.. ianya adalah PEMANTAPAN kepada ilmu yang sedia ada yang di adun dan di ’dendangkan’ dengan cara dan metod yang BARU.. seimbang dengan kemajuan Sains dan Teknologi -
yang sebelum ini TIDAK PERNAH LAGI DI LIHAT ATAU IKUTI DI MANA-MANA CERAMAH AGAMA yang menggunakan pendekatan seperti ini...Jadinya... JIKA KETERLALUAN MEMUJI TRAINING ESQ165 adalah kerana saya kagum dengan pendekatan yang digunakan yang saya rasa DEKAT DI JIWA dan KENA DENGAN CARA dan SEJAJAR DENGAN ZAMAN yang serba canggih dan mencabar ini... paling penting.. IA TERKESAN DI HATI, JIWA DAN SANUBARI "DIRI" INI... untuk REDHA dan tahu apa misi dan visi hidup!!...MAKA ITU.. CARI MASA, CARI RUANG, DAN PELUANG (SERTA DUIT YURAN LER...)... PERGI LAH DAN HAYATI SENDIRI KEINDAHAN ESQ165... tidak terasa betapa pantasnya masa berlalu ketika mengikuti training ESQ ini... sedar-sedar dah waktu zohor, sedar lagi dah asar, sedar lagi.. DAH HABIS!!!... huhuhuhu....



Saturday, February 04, 2012

Vitamin untuk Kanak-Kanak

Salam..hari ni tetiba rasa nak tulis entry tentang vitamin dan makanan tambahan untuk kanak-kanak, sejak Haziq mula bersekolah ni dia selalu aje ngadu mengantok dalam kelas sampai saya pun naik risau dibuatnya... sekali dua takpe la lagi, ni asal balik dari sekolah "mami, hari ni saya tertido dalam kelas lagi" kesian Haziq, mungkin juga sebab nak menyesuaikan diri dengan jadual persekolahannya yang padat tu. Sebelum ini persediaan saya hanyalah Scott's Emulsion dan Examo untuk membantu merangsang kecerdasan otak dan minda. Sekarang ni, saya tambah dengan rangkaian produk keluaran Shaklee.. :)

(sebenarnya dah lama jadi ahli shaklee) cuma jarang beli sebab barangan dari shaklee ni boleh tahan mahal hergenya, Hehe.. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan zat yang cukup dalam diet harian mereka, untuk membantu bukan saja dari segi tumbesaran badannya malah juga untuk perkembangan minda. Minda yang cerdas bukan saja dari rangsangan sekitar anak-anak kita tapi juga dari segi nutrisi pemakanan

Bekalkan nutrient secukupnya untuk anak anda dengan program pemakanan tambahan untuk kanak-kanak dari Shaklee

Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
Rendak lemak dan rendah glisemik
Sumber protein dan kalsium
Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua.

membantu untuk improve kanak-kanak fokus dalam kelas.

Berada di nursery, selsema, batuk, demam kadang-kadang adalah perkara biasa. Maklumla, bercampur dengan ramai budak2 yang lain.. jd saya berikan Chewable Vita-C untuk imuniti.


Semuanya dengan izin Allah. Apa yang penting, konsisten dalam memberikan supplement. Ini kisah saya, bagaimana dengan yang lain?







Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Salam Maulidur Rasul buat semua rakan-rakan. Alhamdulillah, segala puji dan puja kita kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq sepanjang jalan.


Hari ini bersamaan 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1433), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.